Sunday, December 19, 2010

LAUT

Mimpi bersama-sama keluarga sebelah Mama pergi bercuti. Macam-macam aktiviti yang kitorang buat, sangat best dan kelakar. Kitorang swimming, main golf, dan menziarah keluarga yang lain. Gelak tak henti-henti sampai lah masa untuk pulang ke kampung halaman, tragedi berlaku. Ms Dreamy naik kereta dengan keluarga Pakcik dan seorang anaknya, sebaya. Kereta yang dinaiki agak besar, melalui jalan yang sempit betul-betul tepi laut. Tengok luar tingkap je terus laut. Pemandangan di hadapan, laut yang terbentang luas, saujana mata memandang. Pakcik drive sangat laju dan tiba di simpang, pakcik tak dapat kawal kereta. Sepatutnya masuk simpang, tapi kereta terus meluncur laju ke hadapan dan terjunam dalam laut. Luckily, Ms Dreamy tercampak ke darat. Ms Dreamy nampak dan dengar dorang mintak tolong. Tapi masa tu blur sangat. Ms Dreamy tengok je dorang lemas. Dan tenggelam.

Friday, December 17, 2010

SEDAPNYEEE

Dua tiga hari yang agak sibuk. Dua tiga hari juga tak bermimpi. Remembering the final one, well quite a weird one. Mz Dreamy mimpi kawan baik Mz dreamy jamu bihun sup masa ziarah dia kat rumah. Tapi pelik sebab dalam mangkuk hanya ada bihun dsbg tapi takde sup. Bila Mz Dreamy pusing, nampak adik-adik kawan Mz Dreamy beratur nak dapatkan sup. Tau cara mereka makan bihun sup? Dorang tuang semua bahan-bahan dari mangkuk dorang ke dalam lubang jamban yang penuh dengan sup. Lepas tu cedok balik dalam mangkuk dan makan. Dapat bayangkan? haha. Mz Dreamy nak tak nak ikut je la. Kalau tak, macam mana nak makan bihun tanpa sup? Lepas tu, sedap ke, mabuk ke, dah tak ingat. huhu.

ps. Di Queensbay mall, Penang ada je restoran jamban. Tapi takdela makan DARI mangkuk jamban.

Tuesday, December 14, 2010

SHUFIAN

Mimpi Ms Dreamy semalam sangat berkecamuk seperti mood Ms Dreamy yang agak tak menentu sebab belum bersedia nak balik ke Universiti. heh. Ms Dreamy mimpi terjumpa seorang lelaki yang tak tampan tapi sedap mata memandang di dalam bas otw pulang ke kampung halaman. Namanya Shufian. Dia mintak pinjamkan suratkhabar dan kami mula berborak. Ms Dreamy tertidur, bila terjaga terus lelaki tu tdah ak ada. Dia dah turun bas dan pulang ke rumah. Ms Dreamy pun pulang ke rumah dan sambung tidur memandangkan jam baru pukul 2 pagi. Bila Ms Dreamy bangun, Ms Dreamy mula mengemas beg, tiba-tiba terjumpa sangkar burung yang di dalamnya terdapat seekor burung nuri yang sangat cantik. Ms dreamy tak tau siapa pemiliknya sehinggalah mama kasitau yang burung itu milik seorang lelaki yang datang awal pagi tadi untuk kembalikan suratkhabar Ms Dreamy. Terus Ms Dreamy tau lelaki itu ialah Shufian. Mama cakap, Shufian suruh Ms Dreamy jaga burung itu baik-baik. Ms Dreamy tanya kenapa, mama cakap sebab dia dah tak cukup tempat nak simpan sangkar burung tu untuk bawak balik ke rumahnya. Jadi diletaknya burung itu dalam beg Ms Dreamy masa tengah tidur tadi. Masa berborak, Ms Dreamy ingat lelaki itu dari Sarawak, tapi mama cakap, dia dari Kelantan. Ms dreamy hanya memanggilnya Shufian, tapi mama cakap namanya "Wan bla3 Shufian". Masa berborak, hon kereta abah berbunyi, abah, abang dan adik-adik  sebenarnya telah lama menunggu Ms Dreamy untuk ke satu tempat. Kelam kabut Ms Dreamy dapatkan mereka, tapi akhirnya mereka pergi dulu sebab Ms Dreamy lambat sangat. Kemudian, Ms Dreamy bukak TV sambil tunjuk kat mama, yang tengah masak cucur, mulut bahagian kanan Ms Dreamy yang bengkak, sakit sangat. Tiba-tiba, budak Shufian tu muncul di TV bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu forum. Dr Fadzilah Kamsah menasihatkan sesuatu kepada Shufian, tetapi dia membalasnya dengan cukup berang sekali. Terkejut Ms Dreamy, sebab Shufian sangat baik sewaktu berbual dengannya sebelum ni. Barulah Ms Dreamy tahu perangai sebenarnya lantas Ms Dreamy teringatkan burung nuri Shufian yang mungkin kelaparan. Ms Dreamy terus membasahkan kertas soalan peperiksaan sebasah-basahnya dan beri kepada burung nuri untuk makan, dan memang ia makan! Di penghujung mimpi, Ms dreamy diberi pilihan untuk memilih teman lelaki Ms Dreamy ataupun Shufian. Dan Ms Dreamy kata, siapa cepat hantar rombongan, maka dia lah orangnya. ;p


Monday, December 13, 2010

CLASSIC CAR

Akhirnya, Ms Dreamy mimpi yang indah semalam! heh.


Ms Dreamy mimpi rumah Ms Dreamy didatangi keretapi yang sangat panjang. Bising sangat bila keretapi tu tiba sampai baby makcik sebelah menangis tak henti-henti. Bila Ms Dreamy keluar rumah, terus ada kejutan. Bukan satu, bukan dua, tapi TIGA classic car sedang menanti untuk dipilih oleh Ms Dreamy! Satu warna cokelat, satu hitam, satu lagi metallic. Masa tu memang tergamam sebab yela, siapa mampu nak beli dan drive kereta klasik yang sangat mahal kan. Ni dah ada depan mata memang speechless, tak tau nak pilih yang mana satu. Akhirnya Ms Dreamy pilih kereta klasik warna hitam. Tanpa buang masa, Ms Dreamy drive dengan my mum. Actually, my mum at the driver seat while I'm just sitting next to her. Tapi hebatnya kereta klasik tu, tempat Ms Dreamy tiba-tiba keluar stereng macam Transformers tu and also ada pedal minyak dan brek. Pastu bawak la. Tapi tak selesa. Bukan sebab ada 2 driver tapi sebab seat tinggi sangat. So, Ms Dreamy and my mum berusaha merendahkan seat macam seat bicycle tuh. Sangat la tak releven kan. haha. Pastu kitorang sambung drive. Bawak punya bawak redah hutan semak samun turun naik bukit dengan sangat semangatnya. Rasanya langgar ramai orang tapi mcm relax je. Sampailah rempuh masuk ke dalam kelas tuisyen adik Ms Dreamy. Masa tu, satu kelas tuisyen tuh termasuklah adik Ms Dreamy tercengang. Ms Dreamy plak posing berlagak kejap pastu blah dari situ. Then, terus terjaga. Entah apa-apa lah kan. haha.

Tapi, motif mimpi tau sangat. Sebab hari ini dapat keizinan untuk drive adik Ms Dreamy ke tuisyen ditemani my mum. Selari dengan mimpi kan. hehe.

Sunday, December 12, 2010

Saturday, December 11, 2010

PAPAN TANDA

Sekumpulan remaja lelaki dengan penuh semangat sedang mengangkut papan tanda segi empat yang  sangat besar dan berat. 4 orang di setiap penjuru dan 4 orang di antara penjuru. Mereka mengusung papan tanda menuruni bukit yang hijau diterangi cahaya matahari. Papan tanda yang berat membuatkan perjalanan menuruni bukit sukar dan meningkatkan daya tolakan ke hadapan. Pancaran matahari menyilaukan mata remaja2 tersebut dan langkah mereka menjadi semakin tidak terkawal menuruni bukit. Akhirnya papan tanda besi yang berat itu terlepas dari tangan remaja di belakang menyebabkan bucu kanan papan tanda menujah kepala remaja yang memegangnya di sebelah situ. Remaja itu terjatuh dan dihempap papan tanda berat itu. Mukanya tersembam ke atas besi di jalan raya. Darah berlumuran di sana sini.

Sekali lagi mimpi ngeri Ms Dreamy. hm..


KANAK-KANAK PEREMPUAN

Ms Dreamy selalu mimpi ngeri. Mimpi indah selalunya lupa, tapi mimpi ngeri ingat sangat sampai bila terjaga tak berani nak tidur balik. Ada tak mimpi yang buat korang takut nak tidur cmtu?

Ingat satu mimpi ni, aku mimpi tengah baca majalah Ujang. Awal-awal gelak sangat baca cerita lawak bodoh antarabangsa Ujang tuh. Makin nak habis helaian majalah, tiba-tiba page yang diselak jadi hitam. Hitam langsung-langsung. Makin diselak makin gelap. Langsung tiada gambar tulisan, anything, memang hitam pekat! Dselak lagi, gambar mula semakin jelas. Ia adalah kegelapan malam. Pemandangan jalan raya di kiri kanannya penuh semak dengan sebatang tiang lampu memancarkan cahaya kuning ke atas jalan tar hitam. Makin diselak, makin jelas, dan terlihatlah jalan tar hitam itu dibasahi darah. Sangat basah dengan darah! Aku selak lagi dengan lajunya, helaian tidak sampai ke penghujung malah menjelaskan lagi gambar di dalamnya. Ku teliti dan terlihat seorang kanak-kanak perempuan. Wajah tak nampak sebab kertas di bahagian mukanya diguris-guris, rambutnya lurus paras bahu, terlentang atas jalan, naked. Makin diselak semuanya gambar kanak-kanak perempuan yang sama. Dia kelihatan sangat lemah dan tak bergerak. Tangannya longlai kepala mendongak ke langit. Selak dan selak, semakin ngeri sebab gambar kanak-kanak tu tak hilang malah makin jelas dan jelas sampailah aku terjaga. Masa tu, aku mengucap panjang dan terus buat solat sunat untuk menenangkan diri.

Dahla esok nak keluar bersuka ria dengan kawan-kawan. Takut sangat kalau apa-apa jadi kat diri sendiri. Teringat jugak kat keluarga, semua bendalah. Masa tu memang tak tidur dah sampai keesokan hari walaupun jam baru pukul 3.30 pagi.

Hm..Ms Dreamy pun tak tau apa motif mimpi tuh. Wallahualam.