Tuesday, December 14, 2010

SHUFIAN

Mimpi Ms Dreamy semalam sangat berkecamuk seperti mood Ms Dreamy yang agak tak menentu sebab belum bersedia nak balik ke Universiti. heh. Ms Dreamy mimpi terjumpa seorang lelaki yang tak tampan tapi sedap mata memandang di dalam bas otw pulang ke kampung halaman. Namanya Shufian. Dia mintak pinjamkan suratkhabar dan kami mula berborak. Ms Dreamy tertidur, bila terjaga terus lelaki tu tdah ak ada. Dia dah turun bas dan pulang ke rumah. Ms Dreamy pun pulang ke rumah dan sambung tidur memandangkan jam baru pukul 2 pagi. Bila Ms Dreamy bangun, Ms Dreamy mula mengemas beg, tiba-tiba terjumpa sangkar burung yang di dalamnya terdapat seekor burung nuri yang sangat cantik. Ms dreamy tak tau siapa pemiliknya sehinggalah mama kasitau yang burung itu milik seorang lelaki yang datang awal pagi tadi untuk kembalikan suratkhabar Ms Dreamy. Terus Ms Dreamy tau lelaki itu ialah Shufian. Mama cakap, Shufian suruh Ms Dreamy jaga burung itu baik-baik. Ms Dreamy tanya kenapa, mama cakap sebab dia dah tak cukup tempat nak simpan sangkar burung tu untuk bawak balik ke rumahnya. Jadi diletaknya burung itu dalam beg Ms Dreamy masa tengah tidur tadi. Masa berborak, Ms Dreamy ingat lelaki itu dari Sarawak, tapi mama cakap, dia dari Kelantan. Ms dreamy hanya memanggilnya Shufian, tapi mama cakap namanya "Wan bla3 Shufian". Masa berborak, hon kereta abah berbunyi, abah, abang dan adik-adik  sebenarnya telah lama menunggu Ms Dreamy untuk ke satu tempat. Kelam kabut Ms Dreamy dapatkan mereka, tapi akhirnya mereka pergi dulu sebab Ms Dreamy lambat sangat. Kemudian, Ms Dreamy bukak TV sambil tunjuk kat mama, yang tengah masak cucur, mulut bahagian kanan Ms Dreamy yang bengkak, sakit sangat. Tiba-tiba, budak Shufian tu muncul di TV bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam satu forum. Dr Fadzilah Kamsah menasihatkan sesuatu kepada Shufian, tetapi dia membalasnya dengan cukup berang sekali. Terkejut Ms Dreamy, sebab Shufian sangat baik sewaktu berbual dengannya sebelum ni. Barulah Ms Dreamy tahu perangai sebenarnya lantas Ms Dreamy teringatkan burung nuri Shufian yang mungkin kelaparan. Ms Dreamy terus membasahkan kertas soalan peperiksaan sebasah-basahnya dan beri kepada burung nuri untuk makan, dan memang ia makan! Di penghujung mimpi, Ms dreamy diberi pilihan untuk memilih teman lelaki Ms Dreamy ataupun Shufian. Dan Ms Dreamy kata, siapa cepat hantar rombongan, maka dia lah orangnya. ;p


2 comments:

  1. amboi, ni mimpi rakam pakai recorder ka? bukan main detail :P good stuff anyway

    ReplyDelete